Pada 30 Jun 2025, satu sesi latihan pengurusan laman web menggunakan WordPress telah berjaya dilaksanakan bersama pasukan dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini diadakan di Bangi Resort Hotel, Bangi, dan disertai seramai 15 orang peserta yang mewakili pelbagai bahagian di bawah PPDK UKM. Latihan ini merupakan sebahagian daripada usaha […]
Pada 5 Jun 2025, kami telah berpeluang menjalankan satu sesi latihan pengurusan laman web menggunakan WordPress bersama pasukan Pheio Management. Latihan ini berlangsung secara fizikal di pejabat mereka yang terletak di Denai Alam, Selangor, sebagai sebahagian daripada proses serahan rasmi (handover) laman web korporat yang telah kami bangunkan untuk syarikat tersebut. Fokus Latihan Latihan ini […]
Pembangunan Portal AKPS Pada awal tahun 2025, Synchronetwork Sdn. Bhd. telah diberi amanah untuk melaksanakan pembangunan portal rasmi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan digital agensi tersebut. Projek ini melibatkan pembangunan sistem secara menyeluruh dari peringkat awal (from scratch) dan dilaksanakan dalam tempoh hampir enam (6) bulan, merangkumi […]
Pada 20 hingga 22 Mei 2025, telah berlangsung Khusus Daie Force Media Sosial bertempat di Institusi Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, yang menghimpunkan penjawat awam dari pelbagai agensi di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program ini bertujuan memperkasa peserta sebagai ‘Siber-Daie’ yang bersedia menyampaikan dakwah secara berkesan melalui medium digital dan media sosial […]
Pada 19 April 2025 yang lalu, satu sesi perkongsian ilmu berkaitan Digital Marketing telah diadakan di Jeram, Selangor melibatkan lebih 50 orang usahawan wanita tempatan. Sesi ini disampaikan oleh Encik Thoriq, wakil dari Synchronetwork, yang berkongsi tentang teknik serta pendekatan Strategik Marketing dalam dunia digital masa kini. Program ini dianjurkan dengan matlamat untuk memberi pendedahan […]
Musim Aidilitri 2025 diraikan dengan penuh keceriaan dan kesyukuran oleh warga Synchronetwork apabila menerima jemputan eksklusif daripada beberapa klien terhormat. Kesempatan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan hubungan perniagaan, malah mengukuhkan silaturahim dalam suasana penuh kemesraan dan harmoni, selaras dengan semangat Riang Ria Raya Synchronetwork. Antara klien yang mengundang kami termasuklah pihak MARA Inc. […]
Alhamdulillah, pada 28 Mac 2025 yang lalu, syarikat kami telah berjaya menganjurkan satu majlis Iftar Ramadan yang penuh bermakna bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam. Majlis ini bukan sekadar acara berbuka puasa, malah menjadi ruang untuk seluruh warga kerja berkumpul, mengeratkan ukhuwah dan berkongsi kegembiraan di bulan yang penuh keberkatan ini. Seawal jam 6.30 […]
Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan penuh kasih sayang dan perkongsian rezeki. Pada hari yang penuh keberkatan ini, Synchronetwork, Al Ain Malaysia, dan Akademi Hikmah berganding bahu untuk menyediakan dan mengedarkan bubur lambuk kepada komuniti setempat. Persiapan Awal di HQ Al Ain Malaysia Seawal 11.00 pagi, team kami sudah bersiap siaga di HQ […]
Pada malam yang penuh ceria dan santai, semua staf Synchronetwork berkumpul di Driving Range untuk menjayakan program Jom Hayun 2025. Acara yang berlangsung pada jam 8:00 malam hingga 9:00 malam ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik yang mengeratkan hubungan antara staf. Acara ini dimulakan dengan aktiviti utama, iaitu bermain golf. Para staf bersemangat mencuba hayunan […]
Majlis Graduasi sebuah institusi pendidikan ke-25 yang diadakan di Nexus International School, Putrajaya, pada 4 dan 5 Januari 2024, menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan komuniti pendidikan Dzuliman. Acara dua hari tersebut menghimpunkan keluarga, pendidik dan pelajar untuk meraikan warisan pertumbuhan, pembelajaran dan kebaikan. Kejayaan Majlis Graduasi institusi pendidikan yang ke-25 ini dijayakan dengan usaha gigih […]



Recent Comments