Menyelesaikan Kajian Impak Kepuasan Pengguna
Synchronetwork dengan bangganya mengumumkan kejayaan penyempurnaan Kajian Impak Kepuasan Pengguna terhadap Sistem ICT Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), sebuah projek strategik yang telah dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan secara menyeluruh, berstruktur dan berteraskan tadbir urus penyelidikan yang kukuh.
Kajian ini melibatkan lebih 300 responden merangkumi pengguna sistem, pembangun sistem serta pihak pengurusan, dengan pendekatan gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif bagi memastikan dapatan yang tepat, seimbang dan boleh ditindak.
Sepanjang pelaksanaan projek, pasukan Synchronetwork telah bekerjasama rapat dengan Bahagian Pengurusan Maklumat MINDEF melalui lebih lima (5) sesi pertemuan rasmi, bagi memastikan kelancaran projek serta penjajaran objektif kajian dengan keperluan operasi sebenar.
Bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan dapatan, instrumen kajian telah disahkan oleh lebih lima (5) orang pakar dalam bidang penyelidikan dan industri ICT, termasuk Profesor, Ts., Tc. dan Dr. Proses ini memastikan laporan yang dihasilkan memenuhi piawaian profesional serta relevan untuk sokongan keputusan strategik.
Sebagai sebahagian daripada pemindahan ilmu, tiga (3) sesi latihan analisis data turut dilaksanakan kepada pihak MINDEF bagi membolehkan hasil kajian dimanfaatkan secara berterusan
Projek ini dimuktamadkan dengan penyerahan Laporan Kajian Impak setebal 156 muka surat dalam bentuk buku perfect blind, yang merangkumi analisis tahap kepuasan pengguna, keberkesanan sistem ICT serta cadangan penambahbaikan strategik
Projek MINDEF telah menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap pendekatan dan hasil pelaksaan kajian ini
Synchronetwork menyediakan perkhidmatan Kajian Impak Keberkesanan & Kepuasan Sistem ICT khusus untuk sistem yang telah beroperasi dan mencapai tahap kematangan, bagi membantu organisasi membuat keputusan berasaskan data dan pengalaman pengguna sebenar
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Klik pautan berikut untuk berbincang bersama kami → Let’s Talk

