Kursus AI Dan Transformasi Digital Memperkasakan Pengurusan Dokumen Serta Pensijilan Taraf Bumiputera
Penggunaan teknologi berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) kini menjadi pemangkin utama dalam meningkatkan kecekapan operasi pengurusan sektor awam dan swasta. Bagi mendepani arus pemodenan ini, Kursus AI dan Transformasi Digital telah dianjurkan khusus bagi membimbing pasukan teknikal dan pentadbiran dalam menguruskan dokumen serta proses Pensijilan Taraf Bumiputera secara digital.
Fokus Latihan Dan Modul Praktikal
Sepanjang program ini, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti amali berasaskan teknologi teras AI dan pengurusan dokumen. Antara penekanan utama latihan merangkumi:
- Latihan amali penggunaan alat AI untuk mengecam, mengekstrak, dan menyaring maklumat dokumen secara automatik
- Simulasi aliran kerja permohonan Pensijilan Taraf Bumiputera bagi memendekkan tempoh semakan dan kelulusan
- Teknik penstrukturan fail digital serta kaedah pengurusan data rasmi yang selamat dan teratur
- Latihan amali mengesan ketidakselarian maklumat atau ralat dokumen menerusi bantuan algoritma kecerdasan buatan
Selain itu, latihan ini membimbing peserta menggunakan ciri-ciri digital berasaskan AI untuk membantu proses semakan dokumen secara lebih mudah dan tepat. Melalui latihan ini, peserta diharapkan dapat menyelenggara dan mengemaskini aliran fail bahagian masing-masing secara lebih cekap, sistematis, dan mengurangkan kerja manual.
Sesi latihan ini dijalankan secara hands-on, membolehkan setiap peserta menguji sendiri cara mengurus dokumen secara terus dalam sistem.
Komiten Kami
Synchronetwork Sdn. Bhd. komited dalam menyampaikan latihan serta penyelesaian teknologi terbilang yang praktikal dan berimpak tinggi. Kami percaya bahawa pemantapan kemahiran digital dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) ini dapat memacu kecekapan operasi pengurusan dokumen ke tahap yang lebih cemerlang dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Klik pautan berikut untuk berbincang bersama kami → Let’s Talk

