Mesyuarat Penyelarasan Event YAKEB Synchronetwork
Pada 8 September 2026, pihak Synchronetwork Sdn. Bhd. telah mengadakan sesi mesyuarat penyelarasan khas bagi perancangan dan pelaksanaan program bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB). Perbincangan ini telah dijalankan bertempat di pejabat YAKEB, Bukit Kiara, Kuala Lumpur sebagai langkah strategik untuk memastikan pelan perancangan logistik, teknikal, serta pengurusan acara berjalan dengan lancar mengikut standard yang ditetapkan.
Sesi perbincangan ini telah dijayakan oleh wakil pasukan Synchronetwork Sdn. Bhd. yang dibarisi oleh Encik Thoriq, Nur, Fareesya, dan Khadijah.
Objektif Program
Penganjuran acara ini berteraskan beberapa sasaran utama seperti berikut:
- Mempromosikan perkhidmatan serta fungsi laman web rasmi YAKEB menerusi pembahagian zon interaktif.
- Mengetengahkan pencapaian dan maklumat atlet kebangsaan serta atlet para menerusi integrasi kod QR dan paparan digital.
- Memperkasakan maklumat kerjaya kedua, kursus kemahiran, dan platform e-dagang untuk bekas atlet.
- Memudahkan saluran sumbangan orang awam terus ke akaun gerbang pembayaran YAKEB.
Pendekatan Interaktif Dan Sistem Paparan
Bagi memastikan kelancaran pengaliran pelawat di tapak pameran, penggunaan peranti touch tab dihadkan khusus untuk bahagian kursus sahaja. Selain itu, paparan artikel serta cerita Instagram pada skrin pameran akan menggunakan fungsi slider yang bertukar secara automatik selang beberapa saat bagi memastikan maklumat sentiasa dinamik dan menarik.
Pengalaman Interaktif Berasaskan VR Dan Teknologi Digital
Hasil daripada sesi pemantapan ini, barisan pengendali portal kini mempunyai panduan yang lengkap untuk menyusun dan menambah maklumat mengikut bahagian yang betul. Ini bukan sahaja memudahkan tugas harian pasukan KKM, malah memastikan masyarakat sentiasa mendapat informasi yang tepat dan terkini tanpa sebarang kekeliruan.
Bagi menarik minat pengunjung serta memberikan pengalaman yang segar, acara ini menampilkan penggunaan teknologi Virtual Reality (VR) dan pelbagai alatan digital interaktif. Pameran ini dibahagikan kepada 6 zon utama yang dirangka khusus mengikut fungsi perkhidmatan YAKEB:
Zon 1: The Champion
- Menampilkan paparan gambar dan kod QR yang menghubungkan pelawat terus ke laman web rasmi. Zon ini mengetengahkan 6 atlet pilihan daripada Hall of Fame (kombinasi atlet able-bodied dan para) lengkap bersama maklumat latar belakang serta bahagian pengenalan khas.
Zon 2: The Second Game (Pusat Sumber)
- Berfungsi sebagai pusat sumber dan Hall of Fame yang memaparkan konsep dua fasa kerjaya atlet, iaitu semasa beraksi dan selepas bersara. Zon ini turut menyediakan maklumat berkaitan kursus sains sukan, kemahiran, pendidikan, kerjaya, pautan ke platform e-commerce, serta paparan visual kursus seperti bidang kejurulatihan.
Zon 3: Athlete Entrepreneur
- Menumpukan perhatian kepada atlet backup dengan memaparkan susunan visual gambar atlet bersebelahan dengan aktiviti perniagaan atau kerjaya ceburan mereka.
Zon 4: Join The Yakeb Network
- Menyediakan ruang khas buat pengunjung meninggalkan kad perniagaan atau cadangan, di samping kod QR bagi memudahkan pendaftaran secara atas talian.
Zon 5: Support A Champion
- Menampilkan kod QR dan pautan terus ke payment gateway atau transaksi bank bagi memudahkan sumbangan, berserta integrasi bahan media seperti paparan cerita Instagram dan video berbentuk emosi.
Zon 6: Champion Challenge (Aktiviti VR)
- Menjadi daya tarikan utama dengan menyediakan aktiviti interaktif berasaskan set kepala Virtual Reality (VR). Pengunjung boleh mencuba simulasi sukan seperti permainan golf VR lengkap dengan tetapan had masa serta jarak pukulan yang dihubungkan secara terus ke skrin TV. Susun atur ruang turut ditata kemas supaya kedudukan meja tidak menghalang bahagian backdrop.
Komitmen Kami
Hasil daripada sesi pemantapan ini, barisan pengendali portal kini mempunyai panduan yang lengkap untuk menyusun dan menambah maklumat mengikut bahagian yang betul. Ini bukan sahaja memudahkan tugas harian pasukan KKM, malah memastikan masyarakat sentiasa mendapat informasi yang tepat dan terkini tanpa sebarang kekeliruan.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Klik pautan berikut untuk berbincang bersama kami → Let’s Talk