Starlink Rental untuk Live Streaming Mirnawan Cup 2025 di Stadium Bukit Jalil

  • November 10, 2025
  • broweb
  • 2 min read

Starlink Stadium Bukit Jalil

Pada 2 hingga 9 November 2025, Synchronetwork Sdn. Bhd. berpeluang menyokong kelancaran liputan media untuk Mirnawan Cup 2025, pertandingan hoki antarabangsa yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

Sebagai penyedia internet berkelajuan tinggi melalui Starlink, kami menyewakan 2 unit Starlink (V2 & V4) kepada Sportflex, media rasmi yang bertanggungjawab membuat liputan dan live streaming perlawanan ke seluruh dunia.

Cabaran Struktur Stadium, Penyelesaian Profesional

Memandangkan struktur bangunan stadium menghalang pandangan terus ke langit, kami memasang Starlink di bahagian bumbung stadium bagi memastikan signal optimum. Alhamdulillah, pemasangan berjaya memberikan internet yang sangat lancar dan stabil, membolehkan media rasmi menyiarkan perlawanan secara live tanpa gangguan

Liputan Antarabangsa dan Kepuasan Media

Perlawanan Mirnawan Cup 2025 menyaksikan penglibatan pasukan dari Russia, Japan, Australia, dan South Africa, menarik perhatian penonton antarabangsa. Dengan sambungan internet yang pantas dan konsisten, media rasmi dapat menyiarkan perlawanan secara real-time ke seluruh dunia, memastikan peminat hoki global tidak ketinggalan sebarang aksi.

Setiap hari, pasukan kami menjalankan quality check untuk memastikan capaian internet berada pada tahap optimum sepanjang sesi live streaming. Hasilnya, Sportflex menyatakan kepuasan penuh terhadap servis sewaan Starlink oleh Synchronetwork Sdn. Bhd.

Penyelesaian Fleksibel untuk Pelbagai Kegunaan

Pengalaman ini sekali lagi membuktikan bahawa Starlink rental dari Synchronetwork Sdn. Bhd. sesuai untuk pelbagai keperluan:

  • Company trip atau event
  • Live streaming
  • Site visit
  • IT product testing

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Klik pautan berikut untuk berbincang bersama kami → Let’s Talk