Bengkel Latihan CMS Joomla untuk Webmaster
Pada 8 dan 9 Disember 2025, pasukan kami telah berjaya menganjurkan Bengkel Latihan CMS Joomla untuk Webmaster bersama sebuah agensi kerajaan, iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bengkel ini telah berlangsung di Royal Park Hotel @ UNITEN dan melibatkan sesi latihan intensif selama dua hari. Peserta yang dihadiri oleh Bahagian Pengurusan Maklumat dan Unit Komunikasi Korporat dalam mengetuai pengurusan laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Latihan ini direka khusus untuk memperkasakan pasukan dalaman dalam pengurusan portal web berasaskan CMS Joomla melalui pendekatan praktikal dan berstruktur.
Objektif Bengkel CMS Joomla
Pemilihan Genting Highlands sebagai lokasi majlis memberikan suasana eksklusif dan santai, sekali gus membolehkan para kakitangan berehat serta mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja di luar persekitaran kerja. Restoran Mohd Cahn dipilih bagi menyediakan pengalaman jamuan yang selesa dan berkualiti kepada semua yang hadir.
Perkongsian Rezeki Melalui Bonus KPI
Bengkel ini bertujuan untuk:
- Meningkatkan kefahaman peserta terhadap struktur dan fungsi CMS Joomla
- Memperkasa kemahiran pengurusan kandungan laman web
- Memberi pendedahan kepada amalan terbaik (best practices) dalam pengurusan portal agensi
- Memastikan kandungan web sentiasa terkini, selamat dan mesra pengguna
Pendekatan latihan ini memberi fokus kepada keperluan sebenar organisasi, terutamanya bagi portal rasmi agensi kerajaan yang memerlukan pengurusan maklumat yang sistematik dan ptauh krpada standard.
Pendekatan Latihan Berasaskan Praktikal
Sepanjang bengkel berlangsung, peserta didedahkan kepada:
- Pengenalan dan konfigurasi asas CMS Joomla
- Pengurusan artikel, kategori dan menu
- Kemas kini kandungan portal secara efektif
- Pengurusan media, modul dan komponen Joomla
- Kawalan akses pengguna dan keselamatan asasPerkongsian amalan terbaik dalam pengurusan portal web kerajaan
Latihan ini dijalankan secara hands-on, membolehkan peserta terus mempraktikkan setiap modul yang dipelajari dengan bimbingan fasilitator berpengalaman.
Penglibatan Agensi Kerajaan
Kerjasama bersama Kementerian Kesihatan Malaysia mencerminkan kepercayaan agensi kerajaan terhadap kepakaran kami dalam menyediakan perkhidmatan latihan CMS Joomla yang profesional dan berkesan. Program ini turut menjadi platform perkongsian pengalaman serta perbincangan cabaran sebenar dalam pengurusan portal berskala besar.
Kepakaran Kami dalam Latihan CMS Joomla
Kami menyediakan perkhidmatan:
- Latihan CMS Joomla untuk agensi kerajaan
- Training Joomla untuk syarikat dan organisasi
- Latihan asas hingga lanjutan Joomla
- Sesi latihan khas mengikut keperluan projek dan industri
- Sokongan teknikal dan konsultasi pengurusan portal web
Pendekatan latihan kami adalah fleksibel, praktikal dan selari dengan keperluan operasi sebenar organisasi.
Kesimpulan
Bengkel CMS Joomla selama dua hari ini berjaya mencapai objektif dalam memperkasakan pasukan dalaman Kementerian Kesihatan Malaysia dari segi pengurusan dan kemas kini portal web. Kami komited untuk terus menyokong agensi kerajaan dan organisasi dalam meningkatkan kecekapan pengurusan sistem kandungan digital melalui latihan yang berkualiti dan berimpak tinggi.
Sekiranya organisasi atau agensi anda sedang mencari penyedia latihan CMS Joomla yang berpengalaman, kami sedia membantu.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Klik pautan berikut untuk berbincang bersama kami → Let’s Talk







