Karnival Putrajaya 2025

  • September 29, 2025
  • broweb
  • 3 min read

Liputan Media Sosial: Karnival Putrajaya 2025

Pada 25 hingga 28 September 2025 yang lepas, pasukan kami telah diberi tanggungjawab sebagai Social Media Content Production Team untuk Karnival Putrajaya 2025 yang berlangsung di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya. Tugasan ini melibatkan perancangan, penggambaran, penyuntingan dan penerbitan kandungan media sosial secara menyeluruh sebelum, semasa dan selepas acara berlangsung.

Peranan Kami Sebagai Pasukan Media Sosial

Sebagai pasukan produksi rasmi, fokus utama kami adalah memastikan setiap detik penting sepanjang karnival didokumentasikan dan dikongsikan kepada khalayak di platform digital seperti Facebook, Instagram dan TikTok. Berdasarkan content brief rasmi acara, objektif utama kami ialah menghasilkan 42 video pendek berdurasi 30–50 saat dalam format menegak (9:16) bagi meningkatkan kesedaran, interaksi dan pengekalan memori acara selepas ia berakhir

Strategi da Pelaksanaan kandungan

Untuk mencapai objektif tersebut, pelan kandungan kami dibahagikan kepada tiga fasa utama:
1. Pra-Acara (13–25 September)
○ Penghasilan 8 video teaser dan 5 video shoutout pegawai serta staf.
○ Tujuan: Membangkitkan keterujaan dan membina anticipation terhadap acara. 2. Sepanjang Acara (26–28 September)
○ Liputan harian termasuk video daily recap, highlight aktiviti dan raw content.
○ Tumpuan diberikan kepada suasana pengunjung, aktiviti interaktif serta gerai
vendor.
3. Pasca-Acara (29 September – 3 Oktober)
○ Penyediaan montaj ringkasan keseluruhan, testimoni pengunjung dan video
penghargaan.
○ Tujuan: Mengekalkan momentum interaksi dan menguatkan ingatan jenama
selepas acara.

Hasil dan Impak Bengkel

Sepanjang dua hari bengkel, peserta aktif membincangkan dan membentuk pelan tindakan awal untuk penambahbaikan portal rasmi KKM. Antara perkara yang dibincangkan:

  • Kepentingan susun atur kandungan yang lebih mesra pengguna dan mudah dicapai.
  • Keperluan memastikan aksesibiliti untuk pelbagai kumpulan pengguna, termasuk warga emas dan OKU.
  • Cadangan penyusunan semula menu utama dan penyeragaman kategori maklumat perkhidmatan.
  • Penggunaan bahasa yang ringkas, mudah difahami dan konsisten.

Aspek Teknikal & Gaya Penyampaian

Semua kandungan dihasilkan dengan gaya energetik, menyeronokkan dan interaktif, disesuaikan untuk platform seperti TikTok, Instagram dan Facebook. Kami juga memastikan visual yang terang, dinamik dan menonjolkan suasana orang ramai serta aktiviti vendor. Dari segi audio, kami menggunakan trending sounds digabungkan dengan voice over pegawai bagi memberikan elemen tempatan yang autentik.

Kesimpulan

Projek Karnival Putrajaya 2025 membuktikan kepentingan strategi kandungan digital yang terancang dalam setiap penganjuran acara besar. Dengan pelaksanaan produksi media sosial yang tersusun, sesebuah acara bukan sahaja dapat menjangkau lebih ramai khalayak, malah mampu meninggalkan impak jenama yang berpanjangan. 

Sekiranya anda merupakan agensi, organisasi atau penganjur acara yang sedang mencari pasukan profesional untuk penghasilan kandungan digital, kami menyediakan khidmat penuh meliputi pra-produksi, liputan acara dan pasca-acara. Hubungi kami untuk kerjasama dalam produksi kandungan media sosial yang strategik dan berkualiti tinggi.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Klik pautan berikut untuk berbincang bersama kami → Let’s Talk