Program Latihan Khas N8N AI Agent Bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

  • October 29, 2025
  • broweb
  • 2 min read

Program Latihan Khas N8N AI Agent

Pada 28 dan 29 Oktober 2025, Synchronetwork Sdn. Bhd . dengan bangganya telah menganjurkan Program Latihan Khas N8N AI Agent bagi jawapan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Program ini direka khusus untuk untuk menperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran automasi serta penggunaan teknologi kecerdesan buatan (AI) dalam operasi harian agensi kerajaan. 

Seramai 10 hingga 15 orang peserta dari Bahagian Teknologi Maklumat RELA telah menyertai latihan ini. Sepanjang dua hari program, peserta didedahkan kepada konsep, struktur, dan aplikasi praktikal N8N AI Agent dengan pendekatan yang sistematik dan relevan kepada keperluan sebenar organisasi.

Penyampaian Profesional oleh Tenaga Pengajar Berpengalaman

Latihan ini dikendalikan oleh Encik Aliff Md. Nor, tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang automasi dan sistem pintar. Pendekatan yang digunakan menekankan latihan praktikal (hands-on) di samping teori yang jelas dan teratur, memastikan setiap peserta dapat memahami dan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dengan berkesan.

Persekitaran Latihan yang Kondusif

Program ini dijalankan di bilik latihan yang selesa dan kondusif, dengan penyediaan hidangan tiga kali sehari bagi memastikan peserta kekal fokus dan bersemangat sepanjang sesi latihan.

Maklum Balas dan Pencapaian Program

Para peserta memberikan maklum balas positif, menunjukkan kefahaman yang jelas terhadap modul yang diajar serta kepuasan terhadap perjalanan latihan. Kejayaan ini menegaskan komitmen Synchronetwork Sdn. Bhd. dalam menyediakan latihan teknologi berimpak tinggi untuk sektor awam.

Penutup

Synchronetwork Sdn. Bhd. mengucapkan penghargaan kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan. Kami berharap ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya, diamalkan secara berterusan, dan menjadi pemangkin kepada transformasi digital serta kecekapan operasi agensi.

Program ini juga membuka laluan untuk kerjasama strategik yang lebih luas pada masa hadapan, sejajar dengan misi kami untuk memperkasa organisasi melalui teknologi dan automasi pintar.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Klik pautan berikut untuk berbincang bersama kami → Let’s Talk