ITEX 2026 (International Invention, Innovation & Technology Competition & Exhibition)

  • May 25, 2026
  • broweb
  • 2 min read

Sorotan ITEX 2026 Memperkasakan Inovasi Digital Dan Teknologi Masa Depan

Pada 25 Mei 2026, team Synchronetwork telah menghadiri ITEX 2026 di KL Convention Centre. Program ini memberi pendedahan kepada teknologi terkini serta peluang networking bersama inovator industri. Pengalaman ini membolehkan Synchronetwork terus berkembang dan membawa idea terbaik untuk pelanggan.

Objektif Program

    • Kehadiran kami ke program ini adalah bagi:
  • Memberi pendedahan kepada staf mengenai teknologi terkini dan inovasi baharu.
  • Meneroka idea, sistem, dan teknologi yang sedang berkembang dalam industri.
  • Membuka peluang networking bersama syarikat, institusi, dan inovator.
  • Memastikan syarikat sentiasa berkembang mengikut peredaran teknologi semasa.

Aktiviti yang Dijalankan

Sesi pameran dimulakan dengan meneroka pelbagai rekaan reka cipta baharu serta demonstrasi teknologi terkini yang dipamerkan di setiap ruang pameran. Team kami turut berpeluang bertukar-tukar pandangan dan berinteraksi secara terus dengan para inovator serta wakil industri.

Sepanjang lawatan berlangsung, team kami sempat menyaksikan pelbagai idea kreatif dan sistem canggih yang memberikan pendedahan serta inspirasi baharu untuk dibawa pulang.

Meneroka Hubungan Strategik Baharu

Acara ITEX bukan sekadar medan tayangan produk, malah menjadi platform pertemuan antara pencipta inovasi dan rakan strategik yang berpotensi. Jalinan mesra yang dibina sepanjang tiga hari pameran ini membuka laluan positif ke arah peluang kolaborasi, penyelidikan bersama, serta pendedahan pasaran yang lebih luas.

Penutup

Harapan kami, pendedahan daripada program ini dapat memberikan inspirasi baharu untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan. Synchronetwork akan terus komited dalam mengikuti perkembangan teknologi demi memberikan yang terbaik buat para pelanggan.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Klik pautan berikut untuk berbincang bersama kami → Let’s Talk