Training Internal Teknik Fotografi bersama En Ammar

  • April 8, 2026
  • broweb
  • 2 min read

Program Training Internal Teknik Fotografi bersama En Ammar telah diadakan pada 8 April 2026 (Rabu) bertempat di Synchrolab Training Centre. Latihan ini merupakan salah satu inisiatif dalaman syarikat dalam meningkatkan kemahiran praktikal kakitangan, khususnya dalam bidang penghasilan visual.

Objektif Program

Latihan ini dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran mengambil gambar dalam kalangan peserta, terutamanya ketika menghadiri mesyuarat, latihan, atau sebarang aktiviti rasmi syarikat yang memerlukan dokumentasi visual.

Melalui program ini, peserta didedahkan dengan teknik mengambil gambar menggunakan sudut (angle) yang betul serta cara menghasilkan gambar yang lebih kemas, jelas dan profesional.

Penceramah

Sesi latihan ini dikendalikan oleh En Ammar Yassar, yang merupakan Operational Manager di syarikat serta salah seorang daripada team creative. Dengan pengalaman beliau dalam penghasilan kandungan visual, beliau berkongsi ilmu serta teknik praktikal dalam fotografi bagi membantu peserta menghasilkan gambar yang lebih berkualiti dan menarik.

Peserta

Antara peserta yang terlibat dalam latihan ini ialah:

  • Muhamad Ikbal Iman
  • Erfan Bagus Prasetyo Bin Nuraini
  • Che Wardina Safiyyah Binti Zaidi

Aktiviti Sepanjang Latihan

Sepanjang sesi latihan berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memastikan peserta dapat memahami dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari, antaranya:

  • Pengenalan asas fotografi
  • Teknik pengambilan gambar (angle, komposisi dan pencahayaan)
  • Demonstrasi oleh penceramah
  • Sesi hands-on untuk praktik secara langsung
  • Sesi maklum balas (feedback) daripada En Ammar bagi membantu peserta menambah baik hasil gambar

Impak Program

Program ini telah memberikan impak yang positif kepada para peserta apabila mereka berjaya meningkatkan keyakinan dalam mengambil gambar dengan lebih tersusun dan profesional.

Peserta juga dapat memahami kepentingan aspek seperti sudut pengambilan gambar, pencahayaan dan komposisi dalam menghasilkan visual yang berkualiti tinggi. Melalui sesi praktikal dan maklum balas yang diberikan, peserta dapat mengenal pasti kelemahan serta memperbaiki teknik masing-masing secara berkesan.

Secara keseluruhannya, latihan ini membantu peserta menghasilkan gambar yang lebih menarik dan sesuai digunakan untuk tujuan dokumentasi serta kandungan media sosial dan platform digital syarikat.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Klik pautan berikut untuk berbincang bersama kami → Let’s Talk