Kick-Off Projek Rintis CariLab
Pada 30 Jun 2026, Synchronetwork Sdn. Bhd. telah menghadiri majlis Kick-Off Projek Rintis CariLab – Sistem Pengurusan Makmal bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sesi ini menjadi penanda aras penting dalam usaha memperkukuh transformasi digital sistem pengurusan makmal secara lebih efisien dan teratur.
Objektif Program
- Sesi latihan ini dilaksanakan untuk mencapai beberapa objektif utama:
- Menguji sistem CariLab secara nyata di UPM.
- Memudahkan tempahan dan analisis makmal secara digital.
- Meningkatkan kecekapan pengurusan makmal secara telus.
- Membuka peluang kerjasama strategik antara industri dan universiti.
Aktiviti yang Dijalankan
Sesi kick-off dimulakan dengan perhimpunan dan perbincangan rasmi bersama penyelidik, Dr. Nor Shafizah binti Ishak, wakil pengurusan makmal UPM, Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU), Putra Science Park (PSP), serta pihak Synchronetwork Sdn. Bhd. Team kami berpeluang meneliti perancangan pelaksanaan projek rintis di bawah inisiatif UPM Products First dan menyertai demonstrasi alur kerja sistem CariLab bagi proses tempahan serta pengurusan perkhidmatan makmal.
Sepanjang sesi berlangsung, perbincangan interaktif turut diadakan bagi menilai penambahbaikan platform sebelum pelaksanaan penuh, diakhiri dengan penyerahan ucapan penghargaan kepada seluruh tenaga kerja UPM dan rakan strategik yang menjayakan projek ini.Sepanjang lawatan berlangsung, team kami sempat menyaksikan pelbagai idea kreatif dan sistem canggih yang memberikan pendedahan serta inspirasi baharu untuk dibawa pulang.
Mengatasi Cabaran Pengurusan Makmal Konvensional
Program ini berjaya mewujudkan suasana kerja yang kolaboratif dan berdaya maju. Selain mencapai matlamat utama sesi perbincangan, momentum positif yang terbina sepanjang acara ini memberikan keyakinan tinggi kepada semua pihak untuk terus memacu transformasi digital yang lebih dinamik pada masa hadapan.
Impak Dan Dinamika Program
Program ini berlangsung dalam suasana yang sangat meriah, santai dan penuh dengan gelak tawa. Ia berjaya mewujudkan hubungan yang lebih rapat antara staf serta mengukuhkan semangat kekeluargaan dalam organisasi.
Melalui aktiviti seperti ini, jelas dapat dilihat bahawa keseimbangan antara kerja dan aktiviti sosial mampu memberi impak positif terhadap motivasi dan produktiviti staf.
Penutup
Secara keseluruhannya, penyertaan ini memberi impak yang sangat positif buat team Synchronetwork. Semoga segala ilmu dan jaringan kerjasama yang dibina dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kemajuan syarikat pada masa akan datang.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Klik pautan berikut untuk berbincang bersama kami → Let’s Talk