Pada 18 Mac 2026, telah berlangsungnya Majlis Khatam al-Quran Synchronetwork bertempat di Surau Al-Taqwa Synchronetwork dalam suasana penuh keberkatan dan kesyukuran. Majlis ini menjadi penutup kepada amalan mulia warga kerja Synchronetwork yang telah istiqamah meluangkan masa sepanjang bulan Ramadan untuk membaca al-Quran setiap pagi sehingga berjaya mengkhatamkannya.
Tujuan Penganjuran
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua staf yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan aktiviti tadarus al-Quran sepanjang Ramadan. Selain itu, ia juga bertujuan:
- Menyemai budaya membaca al-Quran dalam kalangan warga kerja
- Mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat
- Mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhwah sesama staf
- Meningkatkan penghayatan terhadap ajaran Islam dalam kehidupan seharian
Aktiviti Sepanjang Majlis
Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan majlis ini, antaranya:
- Bacaan surah-surah terakhir al-Quran secara beramai-ramai sebagai simbolik khatam
- Doa khatam al-Quran bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan
- Pemberian pulut kuning dan telur kepada semua staf
Pemberian pulut kuning dan telur ini membawa makna simbolik yang tersendiri, iaitu sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan mengkhatamkan al-Quran serta melambangkan keberkatan, kemakmuran dan permulaan yang baik.
Selain itu, majlis turut diserikan dengan pemberian duit raya oleh En. Thoriq kepada semua staf Synchronetwork serta anak-anak staf sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang, sebagai tanda penghargaan dan kegembiraan bersama.
Penutup
Majlis ini bukan sekadar acara penutup, tetapi satu pengalaman rohani yang bermakna yang berjaya mewujudkan suasana harmoni, mengeratkan ukhuwah, menyemai nilai kebaikan, serta memberi impak positif dalam meningkatkan kesedaran terhadap al-Quran, membentuk budaya kerja yang lebih murni dan memotivasikan warga kerja untuk terus istiqamah dalam amalan baik.
Berikut merupakan senarai peserta yang berjaya mengkhatamkan al-Quran:
- Muhammad Thoriq bin Muhammad
- Muhammad Ammar Yassar bin Muhammad
- Muhammad Nizal Aliff bin Youni
- Nurlaila Qasrina binti Shaharuddin
- Nur Izzatul Syahira Binti Ibrahim
- Mohammad Aiman Firdaus
- Che Wardina Safiyyah Binti Zaidi
- Muhammad Izzuddin Haikal Bin Rosli
- Hakeem Iskandar bin Hasanal Faris
- Muhamad Ikbal Iman
- Erfan Bagus Prasetyo Bin Nuraini
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Klik pautan berikut untuk berbincang bersama kami → Let’s Talk











