Game On! Sport Day Bola Tampar Synchronetwork

  • January 28, 2026
  • broweb
  • 2 min read

Pada 28 Januari 2026, Synchronetwork telah berjaya menganjurkan Program Sport Day Bulanan sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim antara staf dan rakan kolaborasi.

Program ini telah berlangsung di Sri KDU International School, Kota Damansara, bermula pada jam 8.30 malam hingga 10.30 malam, dengan tempoh keseluruhan selama dua jam. Sukan yang dipilih bagi edisi kali ini ialah bola tampar, yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para kaki tangan.

Sebagai penghargaan terhadap prestasi kerja, pihak pengurusan Sychronetwork turut mengadakan sesi pengagihan bonus KPI. Inisiatif ini mencerminkan komitmen syarikat dalam menghargai pencapaian individu dan pasukan yang telah menyumbang kepada kejayaan organisasi sepanjang tahun 2025.

Program ini melibatkan semua staf Synchronetwork, serta penyertaan daripada beberapa ahli Al-Ain Malaysia dan Encik Faiz daripada NSSB, menjadikan suasana lebih meriah dan penuh semangat kesukanan. Perlawanan berlangsung dalam suasana santai namun kompetitif, diserikan dengan sorakan dan kerjasama berpasukan yang baik. Pengurusan tempahan lokasi dan keperluan program telah diuruskan dengan baik oleh salah seorang ahli pasukan kami, Encik Alif, yang memastikan kelancaran perjalanan program dari awal hingga akhir.

Secara keseluruhan, Program Sport Day Bulanan ini bukan sahaja memberi ruang kepada warga Synchronetwork untuk beriadah dan melepaskan tekanan kerja, malah turut memperkukuhkan hubungan kerja berpasukan serta semangat kebersamaan antara semua yang terlibat. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan dan keharmonian organisasi.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Klik pautan berikut untuk berbincang bersama kami → Let’s Talk