Pada 6 Januari 2026, satu sesi latihan pengurusan laman web menggunakan Joomla! telah berjaya dilaksanakan bersama pasukan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Latihan ini diadakan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya dan disertai seramai 37 orang peserta yang mewakili pelbagai bahagian . Latihan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif peningkatan keupayaan dan kompetensi staf dalam pengurusan serta penyelenggaraan laman web rasmi jabatan secara lebih sistematik, berkesan dan selaras dengan keperluan organisasi
Fokus Latihan
Sesi latihan ini adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman peserta terhadap pengurusan laman web menggunakan sistem Joomla, merangkumi aspek pentadbiran kandungan , pengemaskinian maklumat , serta penyelenggaraan asas laman web.
Selain itu, latihan ini turut menekankan penggunaan ciri-ciri utama Joomla secara berkesan bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat, tersusun dan mudah diakses oleh pengguna. Melalui latihan ini, peserta diharapkan dapat menguruskan dan menyelenggara laman web bahagian masing masing secara lebih sistematik, cekap dan selaras dengan keperluan semasa organisasi
Latihan ini berbentuk hands-on, di mana setiap peserta diberi ruang untuk mencuba secara langsung fungsi-fungsi penting dalam laman web mereka.
Komiten Kami
Pasukan Synchronetwork komited dalam memastikan pemindahan ilmu dan kemahiran pengurusan laman web menggunakan Joomla dilaksanakan secara berkesan. Melalui latihan yang sistematik, pasukan Synchronetwork berusaha memperkasakan peserta agar mampu mengurus dan menyelenggara laman web jabatan masing masing secara cekap. konsisten dan selaras dengan keperluan organisasi.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Klik pautan berikut untuk berbincang bersama kami → Let’s Talk

