Meneroka Solusi Malalui Design Thinking
Pada 22 hingga 23 Julai 2025, satu bengkel intensif bertajuk “Bengkel Pemantapan Penyampaian Maklumat Perkhidmatan bagi Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia” telah dianjurkan di Holding Inn Hotel, Sepang. Bengkel ini merupakan sebahagian daripada usaha strategik untuk menambah baik struktur, kandungan dan penyampaian maklumat di portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar lebih mesra pengguna, mudah dicapai dan memenuhi keperluan pelbagai pihak berkepentingan.
Pendekatan Design Thinking sebagai Teras Latihan
Bengkel ini mengaplikasikan pendekatan Design Thinking dengan penekanan kepada pemahaman mendalam terhadap pengguna portal. Proses latihan dijalankan secara berperingkat, yang merangkumi:
- User Persona
Peserta mengenal pasti dan membina profil pengguna utama portal, termasuk latar belakang, keperluan, matlamat dan cabaran yang dihadapi ketika mengakses maklumat kesihatan dalam talian. - Empathy Mapping
Sesi ini membantu peserta memahami perspektif pengguna secara lebih menyeluruh dengan menjawab soalan seperti apa yang pengguna fikir, rasa, lihat dan alami ketika menggunakan portal.
- Define
Berdasarkan pemahaman yang dikumpul, peserta merumuskan masalah utama yang menghalang penyampaian maklumat perkhidmatan yang berkesan, lalu mendefinisikan objektif penambahbaikan portal. - Ideate
Peserta mencetuskan idea dan cadangan solusi kreatif, merangkumi struktur navigasi, reka letak kandungan, gaya bahasa dan elemen interaktif yang lebih inklusif.
Hasil dan Impak Bengkel
Sepanjang dua hari bengkel, peserta aktif membincangkan dan membentuk pelan tindakan awal untuk penambahbaikan portal rasmi KKM. Antara perkara yang dibincangkan:
- Kepentingan susun atur kandungan yang lebih mesra pengguna dan mudah dicapai.
- Keperluan memastikan aksesibiliti untuk pelbagai kumpulan pengguna, termasuk warga emas dan OKU.
- Cadangan penyusunan semula menu utama dan penyeragaman kategori maklumat perkhidmatan.
- Penggunaan bahasa yang ringkas, mudah difahami dan konsisten.
Latihan ini bukan sahaja memberi ruang untuk eksplorasi idea, tetapi turut menggalakkan semangat kerjasama antara jabatan dan bahagian di bawah KKM bagi merealisasikan visi portal yang lebih inklusif dan berkesan.
Bengkel ini menjadi langkah penting ke arah penambahbaikan digital perkhidmatan awam, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan ketelusan maklumat dalam talian.
Sebagai sebahagian daripada komitmen kami dalam menggalakkan inovasi dan penyelesaian kreatif, kami turut menyediakan kursus Design Thinking yang membantu organisasi membina idea baharu, menyelesaikan masalah dengan pendekatan strategik, serta meningkatkan keberkesanan proses kerja.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Klik pautan berikut untuk berbincang bersama kami → Let’s Talk







