Sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja, SYNCHRONETWORK telah menganjurkan Sukan Tenis Syarikat yang berlangsung di Gelanggang Tenis, UiTM Puncak Alam bertarikh pada 18 Julai 2025 hari Jummat.
Acara ini menyaksikan penyertaan aktif daripada kakitangan pelbagai jabatan yang bukan sahaja hadir untuk bersaing secara sihat, tetapi juga untuk berinteraksi dan mengukuhkan silaturrahim di luar suasana kerja harian. Suasana pertandingan berlangsung dalam keadaan santai tetapi penuh semangat kesukanan.





