Pembangunan Portal AKPS
Pada awal tahun 2025, Synchronetwork Sdn. Bhd. telah diberi amanah untuk melaksanakan pembangunan portal rasmi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan digital agensi tersebut.
Projek ini melibatkan pembangunan sistem secara menyeluruh dari peringkat awal (from scratch) dan dilaksanakan dalam tempoh hampir enam (6) bulan, merangkumi fasa perancangan, pembangunan, integrasi kandungan, pengujian serta pemindahan teknologi.
Sepanjang tempoh pembangunan, Synchronetwork Sdn. Bhd. telah bekerjasama rapat dengan Bahagian Teknologi Maklumat AKPS melalui sesi perbincangan teknikal dan penyelarasan keperluan sistem bagi memastikan portal yang dibangunkan memenuhi keperluan operasi, keselamatan serta standard teknikal agensi kerajaan.
Skop projek turut merangkumi:
- Migrasi dan penyusunan semula kandungan daripada portal sedia ada
- Pembangunan struktur portal yang lebih sistematik dan mesra pengguna
- Penerapan ciri chatbot pintar bagi menyokong akses maklumat yang lebih efisien
Sebagai sebahagian daripada persediaan sebelum penyerahan projek, Synchronetwork Sdn. Bhd. turut melaksanakan sesi latihan dan pemindahan teknologi kepada pasukan Bahagian Teknologi Maklumat AKPS. Latihan ini bertujuan memastikan pasukan dalaman berupaya mengurus, mengemaskini serta menyelenggara portal secara kendiri selepas handover.
Fasa akhir projek melibatkan pelaksanaan User Acceptance Test (UAT), Ujian Regresi, serta Final Acceptance Test (FAT) bagi memastikan sistem berfungsi dengan stabil, selamat dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Keseluruhan proses pengujian telah disempurnakan dengan jayanya dan menerima maklum balas yang amat positif, termasuk daripada Ketua Pengarah AKPS.
Projek ini telah diserahkan secara rasmi pada Mei 2025, menandakan kejayaan pelaksanaan sebuah sistem digital yang menyokong keperluan operasi dan komunikasi agensi.
Synchronetwork Sdn. Bhd. amat berbesar hati dan berbangga kerana diberi kepercayaan untuk menjadi sebahagian daripada pembangunan sistem bagi sebuah agensi strategik negara. Syarikat komited untuk terus menyokong inisiatif pendigitalan sektor awam ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, selamat dan berdaya tahan.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Klik pautan berikut untuk berbincang bersama kami → Let’s Talk



