Pada 19 April 2025 yang lalu, satu sesi perkongsian ilmu berkaitan Digital Marketing telah diadakan di Jeram, Selangor melibatkan lebih 50 orang usahawan wanita tempatan. Sesi ini disampaikan oleh Encik Thoriq, wakil dari Synchronetwork, yang berkongsi tentang teknik serta pendekatan Strategik Marketing dalam dunia digital masa kini.
Program ini dianjurkan dengan matlamat untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai cara memasarkan produk secara berkesan menggunakan platform digital seperti media sosial, WhatsApp Business, dan laman web. Ramai usahawan wanita yang hadir terdiri daripada pemilik perniagaan kecil dan sederhana seperti makanan, pakaian, produk kecantikan dan servis tempatan.
Encik Thoriq menyampaikan sesi secara santai namun penuh informasi berguna. Beliau berkongsi bagaimana Digital Marketing bukan hanya tentang membuat posting di media sosial, tetapi juga melibatkan strategi penjenamaan, pemahaman tingkah laku pelanggan, serta penggunaan alatan digital untuk menganalisis prestasi kempen.
Antara topik yang dibincangkan termasuk cara membina audiens sasaran, menghasilkan kandungan yang menarik, serta menggunakan Strategik Marketing yang sesuai mengikut jenis perniagaan. Para peserta turut diberi peluang untuk bertanya soalan dan mendapatkan maklum balas terus berkaitan cabaran yang mereka hadapi.
Sesi ini berakhir dengan suasana yang sangat positif, apabila ramai peserta menyatakan minat untuk terus mendalami ilmu pemasaran digital dan berharap akan ada lagi sesi susulan yang lebih mendalam pada masa akan datang.
Synchronetwork komited untuk terus menyokong pembangunan usahawan tempatan, khususnya wanita, dengan membawa ilmu yang relevan dan praktikal agar mereka lebih bersedia menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan moden.