Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan penuh kasih sayang dan perkongsian rezeki. Pada hari yang penuh keberkatan ini, Synchronetwork, Al Ain Malaysia, dan Akademi Hikmah berganding bahu untuk menyediakan dan mengedarkan bubur lambuk kepada komuniti setempat.
Persiapan Awal di HQ Al Ain Malaysia
Seawal 11.00 pagi, team kami sudah bersiap siaga di HQ Al Ain Malaysia. Segala peralatan memasak disusun rapi, dan bahan-bahan segar seperti daging, sayur-sayuran serta rempah ratus dipotong dengan penuh teliti demi menghasilkan bubur lambuk berkualiti tinggi, enak dan berkhasiat.
Memasak dengan Kasih Sayang
Tepat 12.00 tengah hari, proses memasak bermula. Beras, rempah, dan bahan-bahan segar dimasukkan ke dalam periuk besar. Dengan resipi yang disediakan oleh orang yang berpengalaman berkenaan dengan bubur lambuk . Haruman menyelerakan mula memenuhi ruang, menandakan keenakan juadah yang sedang direneh dengan sabar.
Pembungkusan & Pengedaran
Pada 4.00 petang, bubur lambuk siap dimasak. Team segera bertindak untuk membungkus juadah istimewa ini agar dapat diedarkan dengan efisien. Tepat 5.30 petang, kami bergerak ke lokasi edaran — di hadapan Pak Ali Nasi Lemak, Hillpark. Kehadiran orang ramai yang menanti dengan sabar menambah semangat kami.
Dalam masa singkat, sekitar 6.15 petang, semua bubur lambuk habis diedarkan. Senyuman penerima menjadi bukti betapa satu juadah mampu menceriakan hari seseorang.
Penutup Hari: Iftar Bersama
Seusai tugasan penuh bermakna itu, team kami berkumpul dan berbuka puasa bersama pada 7.30 malam. Ia menjadi momen syukur dan refleksi bahawa setiap usaha kecil mampu membawa impak besar dalam hidup orang lain.
Inisiatif ini bukan sekadar edaran makanan, tetapi juga lambang kasih sayang, semangat kerjasama, dan erti sebenar Ramadan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat, dan kepada penerima yang menyambut bubur lambuk kami dengan penuh kegembiraan. Semoga Ramadan ini menjadi bulan yang membawa rahmat dan keberkatan buat kita semua








