Infaq Jumaat : Tahun Baru Yang Penuh Dengan Keberkahan

  • January 10, 2025
  • broweb
  • 1 min read

“Rezeki yang kita beri tidak akan berkurang, malah akan bertambah dan berlipat ganda.” yang membawa maksud setiap pemberian yang ikhlas akan membawa keberkatan, dan memberi tidak akan mengurangkan harta, malah akan mendatangkan lebih banyak rezeki kepada pemberi. Dalam program ini, Synchronetwork, Al-Ain, dan Sadaqah Centre berganding bahu melaksanakan aktiviti amal melalui acara Infaq Jumaat.

Pada 10 Januari 2025, acara amal ini berlangsung di Subang Bestari, dari jam 8:30 hingga 10:00 pagi. Matlamat utama acara ini adalah untuk berkongsi rezeki dan menyemai semangat kebersamaan dalam komuniti.

Acara ini mendapat sambutan yang baik, dengan kehadiran ramai yang bersama-sama berinfaq dan menyemarakkan semangat perpaduan. Kerjasama dan sokongan daripada Synchronetwork, Al-Ain, dan Sadaqah Centre menjadikan usaha ini merupakan satu kejayaan yang besar dalam menyebarkan kebaikan kepada masyarakat setempat.