Majlis Graduasi sebuah institusi pendidikan ke-25 yang diadakan di Nexus International School, Putrajaya, pada 4 dan 5 Januari 2024, menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan komuniti pendidikan Dzuliman. Acara dua hari tersebut menghimpunkan keluarga, pendidik dan pelajar untuk meraikan warisan pertumbuhan, pembelajaran dan kebaikan.
Kejayaan Majlis Graduasi institusi pendidikan yang ke-25 ini dijayakan dengan usaha gigih dan dedikasi oleh team yang berbakat dan berpengalaman di belakang tabir. Leading the charge ialah En. Ammar , Floor Manager, yang menyelia kelancaran pelaksanaan keseluruhan acara, memastikan setiap butiran diselaraskan dengan sempurna. En. Thoriq ,Drone Operator, merakam tangkapan memalui udara menggunakan dron. En. Farhan , sebagai Operator Video Move, memainkan peranan penting dalam mengabadikan detik-detik dinamik acara melalui videografi, manakala Alif , Operator Statik Video, menumpukan pada menangkap gambar pegun pelajar, keluarga, dan penyampaian anugerah, sebagai kenangan untu k dikenang kedepannya nanti. Manakala , Nur dan Saifullah , merupakan assistant untuk memberikan sokongan penting semasa acara dua hari itu, memastikan semuanya berjalan lancar dan mengikut jadual.
Kemuncak Majlis:
Hari Sabtu: Ihtifal Kindness Haven Plus dan Sidang 1 hingga 3
Pada hari pertama majlis, perhatian tertumpu pada Penganugerahan Ihtifal Kindness Haven Plus, yang memberikan penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan penghargaan kepada mereka. Ini merupakan satu inisiatif yang sangat dihargai oleh pihak Dzuliman, kerana selain kecemerlangan akademik, mereka juga mengutamakan pembangunan sahsiah pelajar.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan Sidang 1 hingga Sidang 3, yang melibatkan 17 cabang institusi tersebut. Setiap sesi memberikan peluang kepada pelajar dari setiap cabang untuk menerima penghargaan atas pencapaian mereka, disusuli dengan persembahan menarik daripada pelajar. Majlis ini berlangsung dalam suasana penuh kegembiraan, dengan ibu bapa, guru, dan pelajar meraikan kejayaan bersama.
Hari Ahad: Sidang 4 hingga Sidang 6 dan Penghargaan 21 Cabang Tadika
Hari kedua majlis diteruskan dengan sambungan dari hari sebelumnya, iaitu Sidang 4 hingga Sidang 6. Sesi-sesi ini melibatkan 21 cabang tadika Institusi tersebut yang menunjukkan pencapaian mereka. Setiap cabang turut diwakili dengan persembahan dan pengiktirafan, menonjolkan usaha gigih dan komitmen para pelajar serta dedikasi guru-guru mereka dalam membentuk pelajar yang cemerlang.
Para hadirin terus disajikan dengan momen yang penuh emosi, di mana ibu bapa dapat menyaksikan sendiri kejayaan anak-anak mereka yang telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang perjalanan pendidikan. Semua ini adalah bukti nyata dari usaha keras dan sokongan tanpa henti daripada komuniti Institusi tersebut.
Capturing Every Moment: Documenting a Memorable Event
Tidak lengkap sebuah majlis yang begitu penting tanpa merakamkan setiap momen berharga. Oleh itu, pasukan fotografi dan videografi memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan setiap detik, dari pendaftaran hingga ke penghargaan pelajar, diabadikan dengan baik. Gambar-gambar dari drone yang memukau, rakaman video dinamik, dan foto statik yang penuh makna menjadi kenangan yang tak ternilai bagi semua yang hadir.
Pengakhiran acara dengan ucapan
Akhirnya, kejayaan salah sebuah Institusi Pendidikan 25th Graduation Ceremony ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan dan usaha daripada seluruh pasukan yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan acara ini, termasuk staf, sukarelawan, dan peserta yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan majlis ini. Setiap individu memainkan peranan penting dalam mencipta kenangan yang tidak akan dilupakan oleh semua yang hadir.
Have questions or need more information? Contact us today, and we’ll be happy to assist you!