Pada 31 Disember 2024, Elmina Lakeside Mall menjadi saksi kepada acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh semua pekerja, Annual General Meeting (AGM) syarikat kami. Acara yang penuh makna ini tidak hanya sekadar perjumpaan tahunan biasa, tetapi sebuah platform untuk merenung pencapaian yang telah diraih sepanjang tahun, sambil menyemai harapan untuk masa kedepannya yang lebih baik.
1. Sesi Pergambaran
Kami memulakan hari dengan sesi pergambaran , di mana semua pekerja dan ahli pengurusan berkumpul termasuk pelajar yang menjalani latihan industri untuk mengambil gambar rasmi dan santai.
2. Sesi Perkongsian Pencapaian dan Harapan
Kemuncak acara adalah ketika setiap pekerja diberi peluang untuk berucap, berkongsi pencapaian mereka sepanjang tahun dan menyuarakan harapan serta impian mereka untuk tahun mendatang. Sesi ini menjadi inspirasi kepada semua, membuktikan bahawa setiap individu memainkan peranan penting dalam kejayaan kolektif syarikat.
3. Sesi Makan-Makan: Merapatkan Silaturahim
Tidak lengkap sesebuah majlis tanpa makan-makan. Kami menikmati pelbagai hidangan yang sangat menyelerakan sambil berinteraksi dan beramah mesra. Sesi makan-makan ini memperkuatkan lagi hubungan silaturahim antara pekerja dan juga pihak atasan.
4. Bergambar Sebagai Kenangan
Menjelang detik tahun baru, kami bergambar bersama sebagai simbolik kepada persatuan dan kesatuan kami. Gambar-gambar ini bukan sekadar kenangan, tetapi juga peringatan akan perjalanan yang telah ditempuhi bersama dan semangat untuk melangkah ke masa depan dengan penuh semangat.