Pada 24 September 2024, jam 2:30 petang, satu lagi langkah penting diambil oleh Synchronetwork Sdn Bhd apabila syarikat kami menandatangani Letter of Intent (LOI) bersama Kolej Vokasional Kuala Selangor (KVKS). LOI ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama antara Synchronetwork dengan Program Teknologi Komputeran di KVKS, membuka peluang baharu dalam bidang pendidikan dan teknologi.
Majlis menandatangani LOI ini dihadiri oleh lima wakil dari pihak KVKS, manakala dari pihak Synchronetwork, Encik Thoriq dan Encik Mahadi turut bersama bagi merasmikan kerjasama ini.
Kerjasama ini diharap mampu memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak, terutama dalam membuka ruang inovasi dan penyediaan kemahiran digital yang lebih mendalam kepada pelajar KVKS.